Monday, 24 September 2012

Aku dan cita-cita ini.

Bismillah. Aku dan perjalanan ini.Perjalanan yg sgt panjang. Yang aku tahu bukan biasa- biasa dugaannya. Aku dan suasana ini. Aku tahu suasana ini yang akan membina aku. Aku dan universiti ini yang akan ku curahkan segala demi mencapai impian dan cita- cita aku. Aku kagum dan cemburu, tentu pada mereka yang berpeluang ke Mesir, Jordan bagi menyambung pengajian mereka dalam bidang perubatan, pergigian (bidang yang sedang aku tekuni sekarang) dalam masa yang sama dapat mencedok seberapa banyak ilmu, merasai jutaan pengalaman daripada bumi para anbiya' dan solehin itu. Aku pernah bercita-cita ke sana, dan hingga kini cita-cita dan impian ini tidak pernah terpadam.
 Kesukaran dan kelelahan yang aku rasai, membuahkan rasa rindu tak tertahan. Aku bersyukur dan sangat berterima kasih kepada penulis artikel ini kerana apa yang dikongsikannya benar-benar membuka semula mataku. Mengingatkan aku manusia yang lupa ini akan sebenar-benarnya erti perjuangan ini. Perjuangan aku dan dia. Perjuangan manusia seluruhnya. Sesungguhnya aku merindui suatu tempat ini, yang mengajar ku segalanya tentang kehidupan.
 Aku juga berterima kasih dan sudah tentu sangat merindui dua insan ini yang tanpa pengorbanan dan kekuatan mereka, yang mereka salurkan untuk aku merasai manisnya sebuah kejayaan. Aku berjanji pada diriku akan hadiahkan mereka kejayaan menggenggam segulung PhD, juga mencapai kejayaan akhirat aku. Aku sayangkan mereka, aku kasihkan mereka. Allah pelihara mereka sepertimana mereka memeliharaku sejak aku kecil lagi Allah.
 Bidang pengajian yang sedang aku tekuni sekarang, bukan biasa-biasa. Aku cenderung ke bidang ini kerana aku benar-benar mempunyai minat terhadapnya walaupun aku tahu dan sedar aku tidak berapa menguasai bidang ini. Aku sedar aku perlu terus mengorak langkah, dengan keazaman yang menggunung tinggi untuk terus yakin dan percaya bahawa bidang yang sedang aku pelajari ini adalah pilihan daripada Allah. Antara berjuta lepasan SPM 2011, aku lah yang terpilih untuk terus berada di bidang Mikrobiologi ini, demi mencapai cita-cita ku sebagai seorang pakar pergigian. Perjalananku masih jauh. Itu aku tahu. Aku perlu kuat dan teguh. Itu aku tahu. Namun terkadang dalam perjalanan ini aku tersungkur, supaya aku kembali mendongak kepadaNya, merayu, merintih kepadaNya yang Maha Mendengar segala tanpa lelah jemu.
 Aku perlu menguasai bidang ini kerana padaku, aku mencabar diriku sendiri untuk mendalami bidang sains perubatan dalam masa yang sama tetap memiliki seberapa banyak ilmu agama yang padaku sebenarnya adalah ilmu kehidupan.
 Teringat aku pada sebuah kata-kata
 
"Ilmu itu cahaya dan cahaya Allah tidak akan menerangi ahli maksiat"
 

Kesibukan aku mengejar segala subjek dan silibus yang ditetapkan universiti, moga aku terbentuk sebagai seorang muslimah yang kuat jati diri dan luas pengetahuannya.

Kejutan budaya? Tipulah jika aku kata aku tak mengalaminya. Semua orang aku yakin mengalami perkara yang sama denganku. Cuma fleksibiliti kita untuk mengadaptasi diri kita, kehidupan kita dalam suasana yang sudah terbentuk ini. Dan yang lebih mulia, mengubah suasana yang ada ini kepada satu gambaran gerbang ilmu yang bergemerlapan dengan cahaya keimanan. Impian dan cita-cita ini takkan mungkin terkubur dengan kesibukan aku mengejar Anugerah Dekan dan Anugerah Naib Canselor itu. Alangkah ruginya aku jika itu yang terjadi. Apa yang akan ku jawab pada Allah apabila ditanya sumbangan ku untuk agamaNya? Tidak malukah aku pada Umar al-Faruq yang lantang menegakkan panji Islam walau hanya beberapa jeda tadi beliau memeluk Islam? Tidak segankah aku pada Zainab al-Ghazali yang bertahan pada jutaan penyeksaan dan penderitaan hasil usahanya menyampaikan risalah kebenaran ini? Tidak kekok kah aku pada Ibnu Sina, yang membuat pelbagai penemuan ilimiah baru mengenai bidang perubatan dalam masa yang sama membawa penemuannya itu bersama umat seluruhnya ke arah pengEsaan Allah?

Sungguh aku yang rugi jika aku yang tercicir, Allah dan rasulNya tak akan rugi walau sebelah sayap nyamuk pun. Sunnguh aku yang memerlukan Allah, sedang Allah sedikit pun tidak berharap padaku.

wallahu musta'an. rabbi yassir walau tu'assir.

Rayyan Zain

Study Week  2012
Diploma in Microbiology (part 1)
UiTM Kuala Pilah (Beting) 

No comments:

Post a Comment