Tuesday, 30 April 2013

Ada apa dengan KPOPP?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Hello..hai. It's been a long time since I stop writing and updating a new post in this blog. Fuh...uhuk bersawang..spider webs everywhere around here. Yeah you know what whenever an interesting thought come across my mind I'll start writing and sharing with you guys.
 This is the key. em not exactly the key but kind of. The starting point to be a DIFFERENT and strive for EXCELLENCE in whatever I do in my life. 
 KPOPP. What is it actually huh? I'm sure you guys wondering about it. It's not the Korean pop (korean music) no..no not exactly. It was actually an abbreviation for Kusrsus Pengurusan Organisasi Pemimpin Pelajar. ahah! gotcha! thumbs up HEP and MPP of UiTM Negeri Sembilan :) The programme was successful and yeah wonderful. I enjoy have been there.
 Okey now honestly the first time I got there I was been forced by my president's society. I've been there in the representation of MISA; Microbiology Student's Association. The first thought was "buat pe lah buat program cuti2 ni" at first I'm kinda very malas nak pergi. But this is my secret; if there's a word "WAJIB" tertulis kat arahan tu, memang aku akn cuba sedaya upaya aku untuk hadirkan diri. Sampailah ke malam sebelum aku bertolak tu, I said to myself  " nak dapat ilmu ni tak semestinya pergi ilmu2 agama je, kpopp ni pun satu ilmu what" walaupun ilmu dunia, ia tetap ilmu. Then aku pun kuatkan langkah ku untuk terus bertolak dan membawa diri ke KPOPP yg diadakan di UiTM Kuala Pilah juga, tempat aku belajar kot.
 I was very nervous and kind of fear because majority yg pergi adalah senior yg memang tak kenal. ok batch sndr pun tak kenal inikan pulak senior kan? so rasa takut sbb aku tak tahu apa yg bakal terjadi. But as time goes on aku teruskan jelah. Bak kata org "redah je lah". Yes I did that.

Okey kalau aku nak cerita satu persatu aktiviti yang kitorang buat mesti korang bosan nk baca kan? dahla takde gambar. Kalau ada tu..syoklah sikit nk baca ye dok? so aku akn terus senaraikan apa yang aku dpt dgn cth sikit2...satu je aku nak cakap: "siapa yg tak sanggup berkorban utk hadir program ni, serius rugi, orang yang dari kedah nun jauh tu pun dtg inikan pulak org dekat2 je kan?" memang aku rasa, aku ni terpilih la..Allah dh  pilih aku.
 Aku rasa aku nak senaraikan semua2 ni by  terms2 je..faham? jap meh aku listkan dulu:

1. When there's a will there's a way
-ini benda paling first and basic, start drpd sblm aku dtg kpopp tu lagi.
-bila kita ni ada keiginan utk dptkan sesuatu, susah macam mana pun, bnyk halangan macam mana pun kita akan berjaya jugak dapatkan benda tu walaupun lambat dan terluka.
-cth senang macam akulah, mula2 aku tak nak tapi bila aku fikir aku akn dpt ilmu, so aku redah jugaklah naik bus, berpanas, berhujan nk pi uitm k.p tu..last2 aku dpt jugak gi kpopp yg byk tak terkira pengajaran yg aku dpt

2. You need to have many networks.
- ha yg ni penting. penting utk kita kenal banyak orang.
- aku dh rasa dah, bila nak buat program pun nak cari orang untuk bekerja bawah kita pun senang
-kerja2 kita akn jadi lbh mudah
- kenal org bukan setakat bila jumpa hi2..bye2 dari jauh tapi pi kat dia tegur..apa habaq? dh mkn blum? wujudkan satu hubungan antr kau dan dia yang akhirnya hubungan tu membawa kepada kepercayaan
-let they know who are you. show them your true self!

3. In everything you do you need to have an ultimate goal.
-ni tak kurang pentingnya.
-setiap benda yg kita buat, pastikan ada MATLAMAT YANG JELAS baru kita terus melangkah dan terus berusaha.
-aku lihat sendiri lah pada diri aku kadang2 dan pd org lain jugak.
-orang yang ada ULTIMATE GOAL ni dia susah utk berputus asa, sebab dia jelas dgn matlamat yg ingin dicapai
-berbanding dgn org yg tiada matlamat yg jelas ni, dia akn mudah terumbang-ambing dan mudah berputus asa. dtg sikit halangan dia mula menyerah, dtg sikit cubaan mula melatah, takde sokongan terus jatuh tersungkur.

4. Have a strong determination and stand the determination in the path of Allah
-this is also a basic. basic utk semua muslim kot
-ok sln senang lah. apa matlamat kita ni manusia hidup kat dunia ni? ha ada jawapan? siapa yg ada jawapan tu blhlah kongsi2kan dgn semua ye..
-manusia ni takkan pernah boleh bertahan tanpa hubungan yg kuat dgn Allah, sbb Dia yg mencipta hati kita, maka Dia lah yang lebih tahu segalanya tentang kita
-the one who kneels down to Allah can stand up to anything

5. Manage your time wisely. Be a productive muslim.
-kita hidup sbg muslim yg benar2 mukmin, takkan pernah sama dgn org lain
- dare to be different
-klo org lain tidur 8 jam setiap malam, kita mugkin kena tidur lagi sikit drpd tu
-klo org lain waktu cuti enjoy sakan kat rumah, kita kena study kat rumah
-klo org lain stp kali lps subuh tidur semula, kita tak boleh tidur lps subuh sbb blh membawa penyakit.

6. A good leader is a good follower.
-pemimpin yang baik adalah seorang pengikut yang baik
-how do we expect people to follow us if even us can't follow our leader and be a good example to them? think it wisely

7.  A good nation is those who READ.
-cakna dgn isu semasa, jgn jadi katak di bawah tempurung
-luaskan range pembacaan bukan setakat fiction novel but baca semua jenis bahan bacaan
-selalunya org akn dgr ckp kita bila kita ni knowledgeable..memang semua takut nak bangkang..ha tak percaya? CUBALAH!

8. Live this life with a stand
-hidup kena berprinsip.
-prinsip pulak pastikan yg betul, berada atas jalan lurusNya
-once we have a stand, we can withstand any forces that come towards us be it strong or weak, positive or negative.
- and always remember MATLAMAT TIDAK PERNAH SEKALIPUN MENGHALALKAN CARA!

9. The willingness to sacrifice for a good course is never a waste.
- life is like a wheel, sometimes we at up and sometimes we at down
- the sacrification we do for the sake of a good course was never a waste because the impact is very big and great. and you will have the feeling of satisfactory for what you have sacrifice. worth a try!

10. Do it yourself!
-in whatever you do, don't ever hope that people will do it for you.
-do it yourself and never be afraid to try a new thing.
-by challenging yourself to try a new thing, there you can learn a new skill.


That's all from me. Tak tau lah ni..bhs caca marba..campur baur..rojak..aku tulis ni special utk kwn aku FAIZAH MANSOR! weh hang baca nanti komen kat bawah na..haha :P 
Apa2pun aku nk ckp EXPERIENCE IT YOURSELF.
hehe ok adios amigos. selamat membaca :) jgn lupa komen na..maafkan terkasar bhs :)

Friday, 5 October 2012

Tipu aku tak cemburu.

Mereka ke mesir. Mereka ke jordan. Mereka ke UK. Mereka ke luar negara. Bila ditanya mengapa mereka ke sana, jawapan pertama mereka sudah tentu ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang masing-masing. Mereka dalam bidang perubatan. Bidang agama dan syariah, bahasa arab. Bidang engineering. Tipu aku tak cemburu. Sebab mereka ke sana. salah satu impian aku yang setakat ni belum tercapai. Mengapa mesir? jordan? Kerana khazanah ilmu. khazanah tarbiyah yang wujud di sana. Kalau mereka katakan untuk aku dapatkan tarbiyah aku perlu ke sana, sudah tentu ke atas diriku adalah wajib untuk ke sana. wajib kerana proses pentarbiyahan diri itu perlu terus berjalan. impian mereka untuk berada di sana. mereka di sana seolah-olah sentiasa berada di zon selesa. duduk bersama ikhwah/akhawat. kelas2 agama, pengajian agama berada di tiang2 masjid sahaja, mereka hanya perlu rajin untuk mengutip mutiara ilmu itu. ada ikhwah/akhawat yg akan menegur kesilapan mereka secara direct. aku yg berada di sini bukan lagi zon selesa, menghadapi seharian hidupku dengan level mujahadah yang perlunya sangat tinggi. aku sendiri pernah merasa apa yang aku buat ni salah, tapi aku perlu mujahadah yg sgt tinggi untuk tidak mengikut atau melakukan apa2 perbuatan yg aku rasakan salah itu. Tiada siapa disini yg boleh menegur kesilapan dan keterlanjuranku. Apa2 yang aku buat atas mujahadah dan keputusan sendiri. Tipu aku tak cemburu. tipu aku tak sedih. Tipu aku tak inginkan kebaikan itu pada diriku. aku yang perlu kuat, mujahadah..dan terus mujahdah kerna hanya dgn mujahadah akan dapat hidayah. gapai hidayah dgn mujahadah. mujur ada blog2 penulisan2 yang mampu mengetuk pintu hati ini agar terus meraih hidayahNya. Jgn terus hanyut dan leka. istiqomah itu ibarat meniti satu jalan yang penuh dgn ranjau berduri. tipu aku katakan aku tak rindu suasana solehah itu. tipu aku katakan aku tidak merindui sahabat yang setia menegurku itu. tipu aku katakan aku sedikit sebanyak tidak terpengaruh dgn suasana kehidupan di sini. Aku sedih bila akhawat sendiri tidak boleh menegur kesilapanku mahupun memaafkan kesilapanku. aku hanya manusia biasa akhawat. tegurlah aku jika aku hanyut, bimbinglah aku bersama meuju syurgaNya. Tipu kalau aku katakan aku tidak pernah terasa dengan sesetengah perbuatan akhawat.

 penat dan lelah itu aku rasai. kuat dan bertenaga itu aku perlu. lesu dan lalai itu aku rasai. sedar dan istiqomah itu aku perlu. tipu aku tak cemburu pada mereka yang cemerlang semuanya. tipu aku tak cemburu pada mereka yang dapat kedua-duanya bahagian dunia dan akhiratnya. tipu jika aku tak inginkan semua itu. aku hairan melihat tiada kesatuan antara mereka yang berfahaman ini. aku aneh pada perbezaan layanan mereka antr yg mereka kenali dan tidak kenali. yg mereka rapat dan tidak rapat. aneh dan sungguh aneh. andai kesatuan itu tak wujud, bagaimana mungkin ye dakwah ini akan berjalan? mengapa perlu ada perbezaan taraf antara mereka yg berjawatan dan tidak? aku melihat keadaan dunia ini di sini. materialistik, hedonisme,sekularisme, pluralisme, semuanya aku lihat. semua agenda2musuh ini berjaya meracuni pemikiran para pemuda pemudi. dan yang aku geruni aku juga salah seorang daripadanya. sedang aku tahu dan sedar. dan sudah tentu bertambah2 lah beban dan dosa yang aku kumpul andai aku terus lalai, leka. andai aku terus biar di rata. kerana aku faham dan sedar.

 tipu aku tak cemburu. kerana aku juga manusia punya rasa itu. tipu aku tak cemburu pd mereka yang punyai insan(lelaki) yang mereka sayangi,yang mereka itu disayangi. tipu aku tak cemburu pada kebebasan mereka melakukan apa sahaja yang penting mereka dapat keseronokan itu. wayang, karaoke? tipu aku tak mahu. kerana aku juga remaja. jiwa yang inginkan cabaran dan sukakan keseronokan. tipu aku tak punya rasa suka. tipu aku tak ingin keliahatan cantik. kerana aku tahu nilai harga diri aku. aku cuba menangkis segala cubaan dan ajakan mereka. sebaiknya aku cuba tolak walau meraka kawan rapat aku. tipu aku tak cuba menjaga perasaan mereka. apabila ajakan itu ditolak mereka merajuk seolah-olah aku ini tidak mahu berseronok bersama mereka. kawan tipu lah aku tak mahu semua itu tapi aku tahu dunia ini sementara je kawan. keseronokan yang sementara ini kawan sanggup kau gantikan dgn azabnya yang pedih di akhirat sana? mungkin kau katakan aku terlalu memperbesarkan perkara, tapi ketahuilah kawan daripada perkara yang kecil itu boleh membawa kepada yang lebih besar. aku punya harga diri dan pendirian. hormatilah ia kawan. jangan kau terus mengajak, memujuk dan merajuk dgnku. aku yg perlu kuat itu aku tahu, kadang aku lemah itu aku tahu. entahlah kawan. aku hanyut? ampuni aku ya Rahman. wallahua'lam

p/s: sgl coretan pd post kali ni. hanyalah flow of the heart that needed to be throw out. to make it better. better life of me and you. :) this is  my way  of  intepreting. so can't u just let me be?

Monday, 24 September 2012

Aku dan cita-cita ini.

Bismillah. Aku dan perjalanan ini.Perjalanan yg sgt panjang. Yang aku tahu bukan biasa- biasa dugaannya. Aku dan suasana ini. Aku tahu suasana ini yang akan membina aku. Aku dan universiti ini yang akan ku curahkan segala demi mencapai impian dan cita- cita aku. Aku kagum dan cemburu, tentu pada mereka yang berpeluang ke Mesir, Jordan bagi menyambung pengajian mereka dalam bidang perubatan, pergigian (bidang yang sedang aku tekuni sekarang) dalam masa yang sama dapat mencedok seberapa banyak ilmu, merasai jutaan pengalaman daripada bumi para anbiya' dan solehin itu. Aku pernah bercita-cita ke sana, dan hingga kini cita-cita dan impian ini tidak pernah terpadam.
 Kesukaran dan kelelahan yang aku rasai, membuahkan rasa rindu tak tertahan. Aku bersyukur dan sangat berterima kasih kepada penulis artikel ini kerana apa yang dikongsikannya benar-benar membuka semula mataku. Mengingatkan aku manusia yang lupa ini akan sebenar-benarnya erti perjuangan ini. Perjuangan aku dan dia. Perjuangan manusia seluruhnya. Sesungguhnya aku merindui suatu tempat ini, yang mengajar ku segalanya tentang kehidupan.
 Aku juga berterima kasih dan sudah tentu sangat merindui dua insan ini yang tanpa pengorbanan dan kekuatan mereka, yang mereka salurkan untuk aku merasai manisnya sebuah kejayaan. Aku berjanji pada diriku akan hadiahkan mereka kejayaan menggenggam segulung PhD, juga mencapai kejayaan akhirat aku. Aku sayangkan mereka, aku kasihkan mereka. Allah pelihara mereka sepertimana mereka memeliharaku sejak aku kecil lagi Allah.
 Bidang pengajian yang sedang aku tekuni sekarang, bukan biasa-biasa. Aku cenderung ke bidang ini kerana aku benar-benar mempunyai minat terhadapnya walaupun aku tahu dan sedar aku tidak berapa menguasai bidang ini. Aku sedar aku perlu terus mengorak langkah, dengan keazaman yang menggunung tinggi untuk terus yakin dan percaya bahawa bidang yang sedang aku pelajari ini adalah pilihan daripada Allah. Antara berjuta lepasan SPM 2011, aku lah yang terpilih untuk terus berada di bidang Mikrobiologi ini, demi mencapai cita-cita ku sebagai seorang pakar pergigian. Perjalananku masih jauh. Itu aku tahu. Aku perlu kuat dan teguh. Itu aku tahu. Namun terkadang dalam perjalanan ini aku tersungkur, supaya aku kembali mendongak kepadaNya, merayu, merintih kepadaNya yang Maha Mendengar segala tanpa lelah jemu.
 Aku perlu menguasai bidang ini kerana padaku, aku mencabar diriku sendiri untuk mendalami bidang sains perubatan dalam masa yang sama tetap memiliki seberapa banyak ilmu agama yang padaku sebenarnya adalah ilmu kehidupan.
 Teringat aku pada sebuah kata-kata
 
"Ilmu itu cahaya dan cahaya Allah tidak akan menerangi ahli maksiat"
 

Kesibukan aku mengejar segala subjek dan silibus yang ditetapkan universiti, moga aku terbentuk sebagai seorang muslimah yang kuat jati diri dan luas pengetahuannya.

Kejutan budaya? Tipulah jika aku kata aku tak mengalaminya. Semua orang aku yakin mengalami perkara yang sama denganku. Cuma fleksibiliti kita untuk mengadaptasi diri kita, kehidupan kita dalam suasana yang sudah terbentuk ini. Dan yang lebih mulia, mengubah suasana yang ada ini kepada satu gambaran gerbang ilmu yang bergemerlapan dengan cahaya keimanan. Impian dan cita-cita ini takkan mungkin terkubur dengan kesibukan aku mengejar Anugerah Dekan dan Anugerah Naib Canselor itu. Alangkah ruginya aku jika itu yang terjadi. Apa yang akan ku jawab pada Allah apabila ditanya sumbangan ku untuk agamaNya? Tidak malukah aku pada Umar al-Faruq yang lantang menegakkan panji Islam walau hanya beberapa jeda tadi beliau memeluk Islam? Tidak segankah aku pada Zainab al-Ghazali yang bertahan pada jutaan penyeksaan dan penderitaan hasil usahanya menyampaikan risalah kebenaran ini? Tidak kekok kah aku pada Ibnu Sina, yang membuat pelbagai penemuan ilimiah baru mengenai bidang perubatan dalam masa yang sama membawa penemuannya itu bersama umat seluruhnya ke arah pengEsaan Allah?

Sungguh aku yang rugi jika aku yang tercicir, Allah dan rasulNya tak akan rugi walau sebelah sayap nyamuk pun. Sunnguh aku yang memerlukan Allah, sedang Allah sedikit pun tidak berharap padaku.

wallahu musta'an. rabbi yassir walau tu'assir.

Rayyan Zain

Study Week  2012
Diploma in Microbiology (part 1)
UiTM Kuala Pilah (Beting)