Friday, 5 October 2012

Tipu aku tak cemburu.

Mereka ke mesir. Mereka ke jordan. Mereka ke UK. Mereka ke luar negara. Bila ditanya mengapa mereka ke sana, jawapan pertama mereka sudah tentu ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang masing-masing. Mereka dalam bidang perubatan. Bidang agama dan syariah, bahasa arab. Bidang engineering. Tipu aku tak cemburu. Sebab mereka ke sana. salah satu impian aku yang setakat ni belum tercapai. Mengapa mesir? jordan? Kerana khazanah ilmu. khazanah tarbiyah yang wujud di sana. Kalau mereka katakan untuk aku dapatkan tarbiyah aku perlu ke sana, sudah tentu ke atas diriku adalah wajib untuk ke sana. wajib kerana proses pentarbiyahan diri itu perlu terus berjalan. impian mereka untuk berada di sana. mereka di sana seolah-olah sentiasa berada di zon selesa. duduk bersama ikhwah/akhawat. kelas2 agama, pengajian agama berada di tiang2 masjid sahaja, mereka hanya perlu rajin untuk mengutip mutiara ilmu itu. ada ikhwah/akhawat yg akan menegur kesilapan mereka secara direct. aku yg berada di sini bukan lagi zon selesa, menghadapi seharian hidupku dengan level mujahadah yang perlunya sangat tinggi. aku sendiri pernah merasa apa yang aku buat ni salah, tapi aku perlu mujahadah yg sgt tinggi untuk tidak mengikut atau melakukan apa2 perbuatan yg aku rasakan salah itu. Tiada siapa disini yg boleh menegur kesilapan dan keterlanjuranku. Apa2 yang aku buat atas mujahadah dan keputusan sendiri. Tipu aku tak cemburu. tipu aku tak sedih. Tipu aku tak inginkan kebaikan itu pada diriku. aku yang perlu kuat, mujahadah..dan terus mujahdah kerna hanya dgn mujahadah akan dapat hidayah. gapai hidayah dgn mujahadah. mujur ada blog2 penulisan2 yang mampu mengetuk pintu hati ini agar terus meraih hidayahNya. Jgn terus hanyut dan leka. istiqomah itu ibarat meniti satu jalan yang penuh dgn ranjau berduri. tipu aku katakan aku tak rindu suasana solehah itu. tipu aku katakan aku tidak merindui sahabat yang setia menegurku itu. tipu aku katakan aku sedikit sebanyak tidak terpengaruh dgn suasana kehidupan di sini. Aku sedih bila akhawat sendiri tidak boleh menegur kesilapanku mahupun memaafkan kesilapanku. aku hanya manusia biasa akhawat. tegurlah aku jika aku hanyut, bimbinglah aku bersama meuju syurgaNya. Tipu kalau aku katakan aku tidak pernah terasa dengan sesetengah perbuatan akhawat.

 penat dan lelah itu aku rasai. kuat dan bertenaga itu aku perlu. lesu dan lalai itu aku rasai. sedar dan istiqomah itu aku perlu. tipu aku tak cemburu pada mereka yang cemerlang semuanya. tipu aku tak cemburu pada mereka yang dapat kedua-duanya bahagian dunia dan akhiratnya. tipu jika aku tak inginkan semua itu. aku hairan melihat tiada kesatuan antara mereka yang berfahaman ini. aku aneh pada perbezaan layanan mereka antr yg mereka kenali dan tidak kenali. yg mereka rapat dan tidak rapat. aneh dan sungguh aneh. andai kesatuan itu tak wujud, bagaimana mungkin ye dakwah ini akan berjalan? mengapa perlu ada perbezaan taraf antara mereka yg berjawatan dan tidak? aku melihat keadaan dunia ini di sini. materialistik, hedonisme,sekularisme, pluralisme, semuanya aku lihat. semua agenda2musuh ini berjaya meracuni pemikiran para pemuda pemudi. dan yang aku geruni aku juga salah seorang daripadanya. sedang aku tahu dan sedar. dan sudah tentu bertambah2 lah beban dan dosa yang aku kumpul andai aku terus lalai, leka. andai aku terus biar di rata. kerana aku faham dan sedar.

 tipu aku tak cemburu. kerana aku juga manusia punya rasa itu. tipu aku tak cemburu pd mereka yang punyai insan(lelaki) yang mereka sayangi,yang mereka itu disayangi. tipu aku tak cemburu pada kebebasan mereka melakukan apa sahaja yang penting mereka dapat keseronokan itu. wayang, karaoke? tipu aku tak mahu. kerana aku juga remaja. jiwa yang inginkan cabaran dan sukakan keseronokan. tipu aku tak punya rasa suka. tipu aku tak ingin keliahatan cantik. kerana aku tahu nilai harga diri aku. aku cuba menangkis segala cubaan dan ajakan mereka. sebaiknya aku cuba tolak walau meraka kawan rapat aku. tipu aku tak cuba menjaga perasaan mereka. apabila ajakan itu ditolak mereka merajuk seolah-olah aku ini tidak mahu berseronok bersama mereka. kawan tipu lah aku tak mahu semua itu tapi aku tahu dunia ini sementara je kawan. keseronokan yang sementara ini kawan sanggup kau gantikan dgn azabnya yang pedih di akhirat sana? mungkin kau katakan aku terlalu memperbesarkan perkara, tapi ketahuilah kawan daripada perkara yang kecil itu boleh membawa kepada yang lebih besar. aku punya harga diri dan pendirian. hormatilah ia kawan. jangan kau terus mengajak, memujuk dan merajuk dgnku. aku yg perlu kuat itu aku tahu, kadang aku lemah itu aku tahu. entahlah kawan. aku hanyut? ampuni aku ya Rahman. wallahua'lam

p/s: sgl coretan pd post kali ni. hanyalah flow of the heart that needed to be throw out. to make it better. better life of me and you. :) this is  my way  of  intepreting. so can't u just let me be?

Monday, 24 September 2012

Aku dan cita-cita ini.

Bismillah. Aku dan perjalanan ini.Perjalanan yg sgt panjang. Yang aku tahu bukan biasa- biasa dugaannya. Aku dan suasana ini. Aku tahu suasana ini yang akan membina aku. Aku dan universiti ini yang akan ku curahkan segala demi mencapai impian dan cita- cita aku. Aku kagum dan cemburu, tentu pada mereka yang berpeluang ke Mesir, Jordan bagi menyambung pengajian mereka dalam bidang perubatan, pergigian (bidang yang sedang aku tekuni sekarang) dalam masa yang sama dapat mencedok seberapa banyak ilmu, merasai jutaan pengalaman daripada bumi para anbiya' dan solehin itu. Aku pernah bercita-cita ke sana, dan hingga kini cita-cita dan impian ini tidak pernah terpadam.
 Kesukaran dan kelelahan yang aku rasai, membuahkan rasa rindu tak tertahan. Aku bersyukur dan sangat berterima kasih kepada penulis artikel ini kerana apa yang dikongsikannya benar-benar membuka semula mataku. Mengingatkan aku manusia yang lupa ini akan sebenar-benarnya erti perjuangan ini. Perjuangan aku dan dia. Perjuangan manusia seluruhnya. Sesungguhnya aku merindui suatu tempat ini, yang mengajar ku segalanya tentang kehidupan.
 Aku juga berterima kasih dan sudah tentu sangat merindui dua insan ini yang tanpa pengorbanan dan kekuatan mereka, yang mereka salurkan untuk aku merasai manisnya sebuah kejayaan. Aku berjanji pada diriku akan hadiahkan mereka kejayaan menggenggam segulung PhD, juga mencapai kejayaan akhirat aku. Aku sayangkan mereka, aku kasihkan mereka. Allah pelihara mereka sepertimana mereka memeliharaku sejak aku kecil lagi Allah.
 Bidang pengajian yang sedang aku tekuni sekarang, bukan biasa-biasa. Aku cenderung ke bidang ini kerana aku benar-benar mempunyai minat terhadapnya walaupun aku tahu dan sedar aku tidak berapa menguasai bidang ini. Aku sedar aku perlu terus mengorak langkah, dengan keazaman yang menggunung tinggi untuk terus yakin dan percaya bahawa bidang yang sedang aku pelajari ini adalah pilihan daripada Allah. Antara berjuta lepasan SPM 2011, aku lah yang terpilih untuk terus berada di bidang Mikrobiologi ini, demi mencapai cita-cita ku sebagai seorang pakar pergigian. Perjalananku masih jauh. Itu aku tahu. Aku perlu kuat dan teguh. Itu aku tahu. Namun terkadang dalam perjalanan ini aku tersungkur, supaya aku kembali mendongak kepadaNya, merayu, merintih kepadaNya yang Maha Mendengar segala tanpa lelah jemu.
 Aku perlu menguasai bidang ini kerana padaku, aku mencabar diriku sendiri untuk mendalami bidang sains perubatan dalam masa yang sama tetap memiliki seberapa banyak ilmu agama yang padaku sebenarnya adalah ilmu kehidupan.
 Teringat aku pada sebuah kata-kata
 
"Ilmu itu cahaya dan cahaya Allah tidak akan menerangi ahli maksiat"
 

Kesibukan aku mengejar segala subjek dan silibus yang ditetapkan universiti, moga aku terbentuk sebagai seorang muslimah yang kuat jati diri dan luas pengetahuannya.

Kejutan budaya? Tipulah jika aku kata aku tak mengalaminya. Semua orang aku yakin mengalami perkara yang sama denganku. Cuma fleksibiliti kita untuk mengadaptasi diri kita, kehidupan kita dalam suasana yang sudah terbentuk ini. Dan yang lebih mulia, mengubah suasana yang ada ini kepada satu gambaran gerbang ilmu yang bergemerlapan dengan cahaya keimanan. Impian dan cita-cita ini takkan mungkin terkubur dengan kesibukan aku mengejar Anugerah Dekan dan Anugerah Naib Canselor itu. Alangkah ruginya aku jika itu yang terjadi. Apa yang akan ku jawab pada Allah apabila ditanya sumbangan ku untuk agamaNya? Tidak malukah aku pada Umar al-Faruq yang lantang menegakkan panji Islam walau hanya beberapa jeda tadi beliau memeluk Islam? Tidak segankah aku pada Zainab al-Ghazali yang bertahan pada jutaan penyeksaan dan penderitaan hasil usahanya menyampaikan risalah kebenaran ini? Tidak kekok kah aku pada Ibnu Sina, yang membuat pelbagai penemuan ilimiah baru mengenai bidang perubatan dalam masa yang sama membawa penemuannya itu bersama umat seluruhnya ke arah pengEsaan Allah?

Sungguh aku yang rugi jika aku yang tercicir, Allah dan rasulNya tak akan rugi walau sebelah sayap nyamuk pun. Sunnguh aku yang memerlukan Allah, sedang Allah sedikit pun tidak berharap padaku.

wallahu musta'an. rabbi yassir walau tu'assir.

Rayyan Zain

Study Week  2012
Diploma in Microbiology (part 1)
UiTM Kuala Pilah (Beting) 

Thursday, 16 August 2012

Himmah

Terkedu bila berjumpa dengan seorang ikhwah yang dihantar oleh murabbinya seorang diri ke suatu tempat untuk suburkan dakwah di sana, dia merasakan dirinya belum bersedia disebabkan usia tarbiahnya yang masih muda. Akibatnya, dia banyak kali tersungkur digoda dunia, banyak kali hanyut digoda nafsu, banyak kali tumbang dipukul jahiliah, hingga kadang kala dia merasa bahawa dirinya telah futur. Walaubagaimanapun, dia tak pernah kenal erti mengalah, tiap kali dia gagal, tiap kali itu jugalah dia bangkit. Dengan sisa-sisa tarbiah yang ada, dia berusaha untuk hidupkan dakwah. Tetap berusaha menjadi menara hidayah buat orang di sekelilingnya. Setiap hari dia buat ziarah hingga kakinya bengkak-bengkak. Dia juga selalu kehabisan duit sebab infaq untuk dakwah, dia berniaga kecil-kecilan untuk tampu...
ng kos dakwah. Pernah dia ikat perut guna kain sebab lapar sangat, tak ada duit nak makan. Sanggup musafir jauh-jauh semata-mata nak bersama dengan ikhwah supaya tetap dapat tarbiah walau sekitar beberapa minit. Akhirnya usaha dakwah sang ikhwah mula menampakkan hasil apabila masyarakat setempat mula mendekati Islam sedikit demi sedikit.

Dia ibarat Talhah bin Ubaidillah yang digelar syahid yang berjalan. Meski banyak kali dilibas arus jahiliah, dia tak pernah mengalah.

Dia umpama Mus'ab bin Umair yang dihantar Rasulullah menjadi duta ke Yathrib yang sanggup ziarah rumah ke rumah untuk cerita mengenai Islam.

Dia laksana Arwa bin Yazid yang tempang kakinya namun tetap berdegil untuk menyahut seruan jihad.

Dia seperti Saidina Abu Bakar yang infaqkan seluruh hartanya ke jalan Allah hingga tiada apa yang tinggal.

Dia punyai semangat Abdur Rahman Auf yang tangkas mencari pendapatan untuk diinfaqkan ke jalan Allah.

Dia bagaikan Bilal bin Rabah yang sabar dengan ujian yang menimpa.

Subhanallah! Syukur Allah pertemukan saya dengannya. Rasa terharu, gembira, sedih, dan pelbagai lagi rencah perasaan bercampur baur bila dengar rintihan beliau. Di atas kesempatan ini, saya mohon untuk sama-sama doakan kesejahteraan ikhwah ni supaya dia terus thabat berada atas jalan dakwah. Sungguh, kita bukan nak kumpul angka-angka kosong!
 
Kisah ini berkait rapat denganku, situasinya sama sepertiku. Aku cemburu melihat perkembangan dakwah mereka, sehingga berjaya menubuhkan PEMBINA di universiti tempat mereka berjihad fi sabilillah. Allah kuatkan aku. Ini semangat yg harus ku terapkan. Ini kekuatan yg harusku garap. Rabbuna yuqowiy.