Saturday, 28 April 2012

Kembalilah

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah kalam dimulakan. Alangkah bahagia dan indahnya andai zaman gemilang itu kembali semula. Zaman dimana al-Quran sentiasa di hati, zikir-zikir dan wirid meniti di bibir. Mata melihat ciptaan Allah lantas memuji kebesarannya.  Telinga hanya mendengar perkara-perkara yang memberi kebaikan dan membuahkan pahala.Setiap detik dan saat yang dilalui sentiasa menghampirkan diri kepada Pencipta kita. Lantas kembalilah, kembali merenggut cahaya kasih yang tidak kunjung malap.Sentiasa bersinar menerangi seluruh kehidupan manusia. Hanya manusia yang kadang leka dan alpa. Tolonglah, jangan biarkan fasa surutmu terlalu lama. Pelbagai peringatan dan ujian telah diberikan agar engkau kembali. Kemali semula ke jalanNya. Jalan yang lurus itu, jalan yang luas terbentang. Sejak dulu lagi hanya untuk mu dan untuk diri-diri yang ikhlas dan sabar dalam menongkahi arusnya. Hanya peribadi-peribadi ini, peribadi yang sungguh istimewa, peribadi yang terpilih untuk meneruskan risalahnya. Kembali meneguk aliran kasih sayang dan luasnya ganjaran yang bakal diterima. Tautlah kembali,rangkul kembali jangan sampai ia menjauh. Engkau harus kuat untuk terus mendekat. Andai ada yang terus menarikmu,mencabar keteguhanmu,engkau harus tentang habis-habisan.Sehabis kuat kudratmu. Kembalilah kerana hanya engkau yang diharapkan. Jika bukan engkau siapa lagi? Adakah engkau sanggup membutakan mata,memekakkan telinga,membisukan bahasa dengan segala agenda musuh untuk menentangmu. Apakah engkau hanya berdiam diri tanpa melakukan apa-apa? Sedarlah engkau, bangkitlah semula. Jangan biarkan dirimu terus-menerus hanyut. Kembalilah..kembalilah semula ummat memerlukanmu.Jangan engkau biarkan mereka.

*credit to this  post
*Kaedah mempermudahkan qiamulail :-
  1. Merancang aktiviti harian untuk seluruh 24 jam.
  2. Faham bahawa rohani,aqli dan jasmani perlukan makanan yang seimbang.
  3. Menghindari maksiat.Sufyan at-Tsauri berkata : "Aku sukar sekali melakukan qiamulail selama 5 bulan disebabkan satu dosa yang aku lakukan"
  4. Tahu fadhilat dan keistimewaannya.
  5. Mempunyai perasaan bermunajat kepada Allah yang Maha Berkasih Sayang.
** Sesungguhnya engkaulah wahai hamba yang memerlukan Allah sedang Allah sedikit pun tidak berhajat kepadamu.

No comments:

Post a Comment