Monday, 2 April 2012

Lakaran Minda

Sekali lagi apabila aku melihat kakak-kakak dan abang-abang itu, aku cemburu. Aku geram, aku gelisah,aku dengan pelabagai ekpressi daripada lubuk hati ini. Aku cemburu kerana mereka telah melangkah jauh, membawa impian dan cita-cita ini, mereka terus mengorak langkah tanpa rasa jemu dan putus asa. Aku geram kerana aku tidak seperti mereka,aku rasa aku lemah, aku rasa tidak berdaya. Aku pun sentiasa membiarkan diriku lalai dan leka, biarkan semuanya dibuai masa. Aku gelisah kerana betapa aku faham dan tahunya erti dan hakikat perjuangan ini. Kepentingannya dan sesak nafasnya tapi aku membiarkan sahaja. Aku seolah buta, aku sudah mula berhenti mengorakkan langkah.
 Sering kali aku meratapi nasib ummah yang tidak terbela ini. Kesedaran mula timbul dalam benak jiwaku sedikit kemudian kembali menghakis sehingga aku kembali menatap setiap bait madah pejuangan ini daripada pejuang yang kental, tidak mudah goyah. Aku harus kuat, aku tahu itu. Tapi aku lemah itu juga aku tahu. Aku perlu sahabat untuk bersama kuat tapi mereka perlukan aku untuk mereka bertahan. Kami sama memerlukan tapi aku sering tersasar. Aku mulai hanyut. Tapi aku tahu aku perlu berpaut pada setiap dahan-dahan yang masih ada kerana mereka masih memerlukan aku. Dan aku juga masih memerlukan jalan ini. Jalan ini bukan untuk mereka sahaja tapi untuk aku utamanya.
 Aku punya sahabat yang tabah,tidak endah penat dan lelah terus melangkah. Dia teruskan langkah, dia lebih kuat dan gigih daripada aku. Walau jauh dia terus mendekat, walau susah dia terus memudah. Ya Allah peliharalah dia. Kekalkanlah ukhuwwah antara kami ini. Kerana tanpa dia aku terus hanyut ya Allah. Suburkanlah hidayah dan inayahMu dalam setiap aturan langkah kami menuju redhaMu. Walau di mana sahaja aku berada ya Allah sedarkanlah aku. Mudahkan aku,bimbinglah aku agar aku tetap atas landasan ini. Kerana aku yakin ya Allah tiada landasan lain yang lebih kukuh dan megah selain landasan ini. Landasan yang akan membawa aku dekat padaMu. Meneguk aliran kasih sayangMu di penghujung hidupku.

No comments:

Post a Comment